Articles

Slipped disc

by Evercare Physiotherapy Evercare Physiotherapy
Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. 

Tulang yang dipanggil verterbra di susun antara satu sama lain secara memanjang membentuk 24 set tulang belakang dan membentuk satu laluan untuk saraf tunjang (spinal cord). Di antara susunan tulang ini, terdapat interbertebral disc yang berfungsi seperti shock absorber kereta yang menyerap hentakan semasa pergerakan berlari, berjalan mahupun melompat.

Masalah slipped disc bermula apabila salah satu bahagian yang terkeluar daripada posisi sepatutnya lalu menekan satu sama lain. Apabila ini terjadi, spinal cord yang ada di sekitar itu pun akan turut ditekan. Inilah simptom-simptom sakit pinggang yang dihidapi.

Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).


Objektif Rawatan Fisioterapi

  1. mengurangkan sakit
  2. menguatkan otot belakang dan abdominal
  3. mengekalkan julat pergerakan badan
  4. meningkatkan julat pergerakkan badan
  5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit

Sponsor Ads


About Evercare Physiotherapy Innovator     Evercare Physiotherapy

17 connections, 0 recommendations, 68 honor points.
Joined APSense since, March 25th, 2020, From Puchong, Malaysia.

Created on Nov 2nd 2020 21:44. Viewed 220 times.

Comments

No comment, be the first to comment.
Please sign in before you comment.