Articles

Symphysis Pubis Dysfunction

by Evercare Physiotherapy Evercare Physiotherapy
Symphysis Pubis Dysfunction (SPD) adalah gejala kesakitan pada bahagian kemaluan wanita yang berlaku pada bila-bila fasa kehamilan atau selepas bersalin. Pergerakan yang abnormal salah satu tulang pelvis lebih banyak semasa pergerakkan kaki adalah puncanya mengakibatkan kawasan di sekitar sendi simfisis pubis menjadi bengkak dan menyebabkan kesakitan pada bahagian kemaluan.

Sendi simfisis pubis ini adalah ligamen atau tisu fleksibel yang membentuk jaringan yang menyambungkan kedua-dua tulang pelvis. 

  • Kesakitan pada bahagian pinggul dan pangkal paha adalah simptom-simptom yang paling mudah dikesan. Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami simptom-simptom berikut:
  • Sakit belakang dan sakit pada bahagian paha.
  • Rasa seperti berkisar atau berketak-ketak pada bahagian pinggul.
  • Sakit pada bahagian dalam pangkal paha atau di celah kelengkang. Sakit boleh jadi semakin teruk apabila anda mengangkang, berjalan, naik atau turun tangga atau bergerak-gerak di atas katil.
  • Sakit lebih teruk pada waktu malam. Ia boleh mengganggu tidur anda, dan anda mungkin rasa sakit ketika bangun untuk ke tandas pada waktu malam

Symphysis Pubis Dysfunction SPD boleh dirawat dengan menjalani sesi fisioterapi bagi menguatkan semula otot pelvik. Sebaiknya anda dirawat oleh fisioterapi wanita untuk memelihara aurat anda.


Sponsor Ads


About Evercare Physiotherapy Innovator     Evercare Physiotherapy

17 connections, 0 recommendations, 68 honor points.
Joined APSense since, March 25th, 2020, From Puchong, Malaysia.

Created on May 3rd 2020 23:01. Viewed 293 times.

Comments

No comment, be the first to comment.
Please sign in before you comment.