Articles

Rawatan Sedut Kahak

by Evercare Physiotherapy Evercare Physiotherapy
Antara masalah kesihatan yang sering dihadapi kanak-kanak adalah seperti mengalami demam, batuk dan selesema mengakibatkan anak anda berasa tidak selesa dan meragam hampir sepanjang masa. Kadang kala akibat anak sering mengalami masalah kesihatan menyebabkan ibu bapa tertekan kerana perlu berjaga sepanjang malam.

Masalah kesihatan ini menjadi semakin buruk apabila apabila masalah kesihatan datang bersama kahak atau hingus yang banyak hingga menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap. Kahak yang terkumpul ini yang menyukarkan anak untuk bernafas. Kahak dan lendir ini biasanya terkumpul di kawasan Nasopharynx iaitu dikawasan belakang anak tekak antara rongga mulut dan hidung. Sekiranya perlu dilakukan sedut kahak, kawasan ini sukar di sedut menggunakan nasal aspirator biasa.

Lendir kahak yang terkumpul banyak akan menyebabkan kerengsaaan pada salur pernafasan sehingga menyebabkan batuk yang berpanjangan dan juga apabila bernafas akan kedengaran bunyi di dada.

Orang dewasa biasanya tidak mempunyai masalah untuk membuang kahak. Tetapi tidak kepada anak yang berusia di bawah dua (2) tahun dimana kebiasaannya mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan kahak dengan sendiri. Rawatan yang bersesuaian adalah rawatan sedut kahak.

Rawatan sedut kahak dilakukan apabila seseorang yang tidak boleh mengeluarkan kahak seperti bayi di bawah umur 2 tahun dengan sendirinya atau orang yang terlantar seperti pesakit stroke, koma atau yang mengalami masalah paru-paru yang kronik. 


Sponsor Ads


About Evercare Physiotherapy Innovator     Evercare Physiotherapy

17 connections, 0 recommendations, 68 honor points.
Joined APSense since, March 25th, 2020, From Puchong, Malaysia.

Created on Apr 16th 2020 22:57. Viewed 384 times.

Comments

No comment, be the first to comment.
Please sign in before you comment.