RAWATAN FISIOTERAPI PATAH TULANG SELANGKA
by Evercare Physiotherapy Evercare PhysiotherapyFungsi Tulang Selangka
Tulang Clavicle atau lebih dikenali sebagai tulang selangka berperanan sebagai fulkrum yang mengikat antara tulang belikat dan tulang dada. Kedudukan tulang selangka ini jelas kelihatan dengan terbentuknya benjol tulang di atas bahu.
Tulang clavicle adalah tulang yang paling mudah patah akibat trauma atau hentakan pada bahu atau kesan menahan beban badan semasa terjatuh. Kebanyakan kes patah tulang selangka ini sering terjadi akibat dari beberapa keadaan berikut:
- Kemalangan motorsikal atau kereta
- Menerima impak terus di bahagian atas atau bahu.
- kecederaan semasa bersukan.
- Tersadung dan mendarat bahu anda jatuh dahulu.
Rawatan patah tulang selangka
Kepatahan tulang clavicel dirawat secara konservatif dengan cara pemakaian anduh (armsling). Seterusnya proses pemyembuhan akan berlaku apabila terdapatnya pembentukan tulang baru yang menyaluti tulang selangka di bahagian yang patah dalam tempoh 4 hingga 6 minggu dan pulih sepenuhnya dalam masa 3-4 bulan.
Rawatan fisioterapi patah tulang selangka.
Rawatan fisioterapi akan memberi anda kebaikan seperti
- Kadar pemulihan yang lebih pantas
- Membolehkan pergerakan sendi bahu pada julat normal.
- Menguatkan kembali otot-otot sendi bahu.
- Mendapatkan balik kawalan sendi bahu.
Vertigo, Symphysis Pubis Dysfunction, Masalah lemah kawalan kencing atau kencing tiris (urinary incontinence), Rawatan patah tulang selangka, Fisioterapi Spurs Heel vs Plantar Fasciitis, Kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL), Fisioterapi Sakit Belakang, Fisioterapi Ke Rumah, Fisioterapi Sakit Bahu, Sakit Tapak Kaki, Physiotherapy Puchong, Penyebab sakit leher, Stroke, Sedut Kahak, Frozen Shoulder, Sakit Lutut, Slip Disc, Scoliosis, total knee repleacement TKR, Anak Batuk Berkahak, Tennis Elbow, Lhympedema
Sponsor Ads
Created on May 4th 2020 23:33. Viewed 209 times.