Articles

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia - CIDB Malaysia

by Tony S. Small Business Owner

What is CIDB Malaysia?

Construction Industry Development Board was established under the Construction Industry Development Board Act (Act 520) to undertake the following functions related to the construction industry. 

Misi CIDB

Mengawal selia, membangunkan dan memudahcara industri pembinaan dengan menerapkan profesionalisme dalam menghasilkan persekitaran binaan yang produktif, mampan serta berkualiti.

Visi CIDB

Menjadi organisasi yang unggul dalam mencapai kecemerlangan pembinaan di Malaysia.
Cidb malaysia logo

Objektif CIDB

Untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

Fungsi CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan CIDB Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) untuk mengawal selia, membangun dan memudahkan industri pembinaan menuju ke arah mencapai daya saing global.
Lembaga Pengarah menasihatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta pihak lain yang berkepentingan mengenai perkara yang berkaitan dengan industri pembinaan.
Fungsi-fungsi ini adalah seperti berikut:

  1. Memajukan dan merangsang pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan

  2. Menasihati dan membuat pengesyoran kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan perindustrian pembinaan.

  3. Memajukan, merangsang dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa perkara yang perhubungan dengan industri pembinaan.

  4. Memajukan, merangsang dan membantu dalam pengeksportan perkhidmatan berhubungan dengan industri pembinaan.

  5. Mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan.

  6. Memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri pembinaan.

  7. Mengawal selia pematuhan bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan.

  8. Mendapatkan, menyiarkan, memulakan dan menyelenggarakan maklumat yang berhubungan dengan industri pembinaan termasuklah penubuhan sistem maklumat industri pembinaan.

  9. Mengadakan, memajukan dan mengkaji semula dan menyelaraskan latihan dalam industri pembinaan.

  10. Mendaftar dan mengakrediatasi kontraktor, mengenakan apa-apa syarat pendaftaran, mengenakan apa-apa syarat pendaftaran dan akreditasi dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor itu.

  11. Mendaftar dan mengakreditasi serta memperakukan personel binaan dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi personel binaan itu.

  12. Mengawal setia pelaksanaan bagi kerja pembinaan yang berkualiti dan selamat.

  13. Mengawal selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan.

  14. Menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.




Sponsor Ads


About Tony S. Advanced     Small Business Owner

44 connections, 3 recommendations, 143 honor points.
Joined APSense since, March 14th, 2019, From New York, United States.

Created on Feb 24th 2022 19:56. Viewed 184 times.

Comments

No comment, be the first to comment.
Please sign in before you comment.