ARNAB YANG ANGKUH
Pada zaman dahulu, dipercayai semua binantang boleh bercakap sesama mereka. Pada suatu hari ada sekor Arnab yang sedang bermain-main di padang. Hatinya riang tidak terkira kerana tiada siapa yang mengganggunya. Sedang Sang Arnab berlari-lari sambil menyanyi, tiba-tiba Sang Arnab terlihat Sang Kura-Kura yang sedang berjalan-jalan di padang yang sama. Sang Arnab terhenti berlari, sambil matanya memerhati Sang Kura-Kura yang sedang berjalan amat perlahan. Terdetik di hatinya untuk menegur Sang Kura-Kura.
Arnab : ?Selamat pagi, Sang Kura-Kura!?.
Kura-Kura : ?Selamat Pagi Sang Arnab?.
Arnab : ?Hai Sang Kura-Kura. Kenapa engkau berjalan amat perlahan. Cubalah engkau berjalan laju sedikit. Kasihan aku melihat engkau berjalan sedemikian rupa?.
Kura-Kura : ?Memanglah aku berjalan macam ini. Buat apa aku nak berjalan laju-laju pula. Lagi pula aku sedang menikmati pemandangan yang indah dan sejuk di sini?.
Arnab : ?Agaknya kalau aku berlumba dengan engkau tentu aku yang akan menang? Kata Arnab dengan angkuhnya sambil ia melihat muka Sang Kura-Kura yang acuh tidak acuh dengan soalannya.
Kura-Kura : ?Hmmm??.tidak semestinya Sang Arnab. Belum cuba belum tahu?. Kata Sang Kura-Kura yang juga tidak mahu mengalah. Di dalam hatinya merasa bimbang juga melihat Sang Arnab yang bersungguh-sungguh untuk berlumba dengannya.
Arnab : ?Amboi, berlagaknya engkau ini. Bagamana kalau kita bertanding berlumba lari?.
Kura-Kura : ?Aku setuju Sang Arnab?.
Arnab : ?Lihat pokok besar di hujung jalan sana. Siapa yang sampai dahulu ke pokok besar di hujung jalan itu, dialah yang menang?.
Kura-Kura : ?Baiklah?.
Arnab : ?O.k. Satu! Dua! Tiga!?.
Sang Arnab pun terus berlari sekuat-kuat hatinya. Sambil berlari dia ketawa sendirian kerana memikirkan kebodohan Sang Kura-Kura yang sanggup berlumba dengannya. Sambil berlari Sang Arnab memandang ke arah belakang. Kelihatan Sang Kura-Kura sedang berjalan dengan begitu perlahan. Sang Arnab pun terus berlari dan akhirnya Sang Arnab keletihan. Ia mula berfikir sekiranya ia berehat sebentar tentu Sang Kura-Kura masih tidak dapat mengalahkannya. Maka Sang Arnab pun berhenti di bawah sebatang pokok untuk melepaskan penat sambil ia berangan-angan, jika dia menang tentu ramai kawan-kawannya memuji atas kehebatannya. Akhirnya Sang Arnab pun tertidur dengan nyenyaknya.
Sang Kura-Kura pula terus berjalan dan berjalan, sehinggalah Sang Kura-Kura terlihat Sang Arnab sedang tertidur sambil menyandar di bawah sebatang pokok. Sang Kura-Kura berjalan dengan perlahan agar Sang Arnab tidak mendengar sebarang bunyi. Sang Kura-Kura terus berjalan dan berjalan. Tiba-tiba Sang Arnab terjaga dari tidur. Beliau menyangka Sang Kura-Kura masih lagi tinggal di belakang. Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya untuk sampai ke pokok besar di hujung jalan itu. Sampai sahaja di pokok besar itu, Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura telah pun sampai sambil berehat sementara menunggunya. Sang Arnab berasa sangat malu di atas kekalahannya dan juga kerana keangkuhannya terhadap Sang Kura-Kura.

Kura-Kura : ?Hai Sang Arnab, kenapa engkau lambat sampai?.
Arnab : ?Hai Sang Kura-Kura, aku minta maaf kerana kesombongan aku tadi. Sebenarnya aku tertidur untuk melepaskan penat. Aku ingat engkau lambat lagi?.
Kura-Kura : ?Tidak apalah Sang Arnab. Aku harap kita masih berkawan. Lain kali jangan sangka kita yang terbaik kerana ada lagi tuhan jadikan yang terbaik?.
Arnab : ?Baiklah Sang Kura-Kura?.
Sejak dari itu, Sang Arnab dan Sang Kura-Kura pun menjadi kawan karib.
Kesimpulan dari cerita ini menunjukkan bahawa usaha itu tangga kejayaan. Jangan berhenti segala usaha adik-adik kerana setiap usaha akan beroleh kejayaan. Pada yang kuat pula jangan sombong dan bongkak kerana Allah tidak suka orang yang bersikap demikian.
Advertise on APSense
This advertising space is available.
Post Your Ad Here
Post Your Ad Here


Comments