Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan dengan cepat?
Anda ingin menurunkan berat badan? Jika ya adakah anda ingin menurunkan berat badan secara mendadak? Walaupun para pakar menasihatkan agar tidak terdesak untuk menurunkan berat badan, atau juga dikenali sebagai penurunan berat badan secara mendadak, ramai juga di kalangan kita melakukannya.
Salah satu dari banyak cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan sedikit. Malang sekali, ramai di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat menganggap mereka tidak perlu makan sehingga 2 atau 3 hari. Selepas kelaparan yang amat sangat, mereka akan makan dengan banyak dan berat badan mereka meningkat semula. Perlu diingatkan bahawa berpuasa dengan cara yang tidak betul adalah membahayakan kesihatan kita.
Selain daripada mengurangkan pengambilan makanan, adalah perlu juga mengurangkan pengambilan gula dan makanan ringan yang lain.Untuk menurunkan berat badan dengan cepat, kita perlu menghentikan pengambilan makanan segera atau makanan ringan walaupun dalam jangka masa yang singkat. Jika anda perlu makan ringan di waktu petang, anda perlu memakan buah epal atau oren dan bukannya memakan coklat atau biskut. Gula-gula atau gula mempunyai jumlah kalori yang tinggi, jadi untuk menurunkan berat badan dengan cepat kita harus mengelakkan pengambilan sumber makanan tersebut.
Senaman atau riadah adalah cara lain untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Dengan senaman anda mungkin tidak nampak penurunan berat badan secara mendadak. Sebagai contoh, anda mungkin hanya dapat melihat hasilnya setelah 2 atau 3 minggu melakukannya. Dengan yang demikian, semakin gemuk seseorang semakin cepat penurunan berat badan mereka.
Senaman adalah penting untuk menurunkan berat badan kerana ia akan membakar kalori dan juga akan menghadkan pengambilan kalori secara berlebihan. Bila kalori dibakar semasa senaman, badan anda akan menyerap kurang kalori. Inilah yang menyebabkan anda akan berjaya menurunkan berat badan dengan cepat sekiranya senaman dilakukan secara tetap dan teratur. Mulakan senaman secara pelahan-lahan mengikut lkemampuan anda sekiranya anda baru memulakannya untuk mengelak sebarang kecederaan.
Cara lain untuk menurunkan berat badan dengan cepat adalan dengan menggunakan pencuci salur pencernaan. Pencuci ini bertujuan untuk menyahtoksin atau menyingkirkan bahan-bahan buangan dari badan.
Post Your Ad Here


Comments