Malaysia APSense Group

Jual beli barang China

by Affandi Hamzah
Affandi Hamzah Innovator  
Jual beli barang China



April 30, 2009  


MALAY Associates Nego-Trade atau lebih dikenali Mantrade Trading, syarikat Bumiputera yang beroperasi sebagai broker perdagangan untuk mendapatkan pelbagai jenis barang dari China pada harga murah, yakin dapat mengendalikan perniagaan mencecah RM200 juta di kalangan pelanggan khususnya kontraktor dan vendor Bumiputera.



Pengurusnya, Mohd Daaie Heffney (gambar), berkata Mantrade Trading bagi operasi tempatan yang ditubuhkan akhir tahun lalu sehingga kini sudah mengendalikan urus niaga untuk pelbagai jenis barang dagangan bernilai kira-kira RM100 juta.

“Walaupun masih baru di Malaysia, Mantrade Trading sebenarnya sudah lama beroperasi di China iaitu sejak lapan tahun lalu dan menjadi satu-satunya syarikat milik penuh Bumiputera yang menguruskan pembelian, pengimportan dan penghantaran barangan dari kilang pengeluaran di China hingga ke pintu rumah pelanggan.

“Justeru, kami bercadang meluaskan sayap dengan dengan menubuhkan Mantrade Trading bagi operasi di Malaysia dan membuka peluang kepada kontraktor, vendor dan pemborong mendapatkan barangan atau bahan mentah dari China pada harga lebih murah,” katanya.

Menurutnya, Mantrade sudah bertapak kukuh di China dan mempunyai reputasi baik di kalangan pengilang China.

Beliau berkata, Mantrade Trading mempunyai rangkaian yang membolehkan kontraktor atau vendor Bumiputera yang berminat mendapatkan barangan secara terus dengan pengilang di sana.

Wisma Zelan di Bandar Tun Razak, KL.


Katanya, dengan menggunakan khidmat syarikat, usahawan tempatan tidak perlu pergi ke China untuk mencari barangan sebaliknya terus ke pejabatnya di Wisma Zelan, Bandar Tun Razak untuk berurusan.

“Kami akan mendapatkan harga ditentukan usahawan sendiri, seterusnya menguruskan pembelian serta penghantaran sehingga ke premis mereka di Malaysia.

“Masalah sekarang kebanyakan usahawan tidak mempunyai hubungan langsung dengan kilang atau pembekal di China menyebabkan mereka terpaksa berurusan dengan orang tengah yang sudah pasti meningkatkan kos.

“Semangat perniagaan di China sangat tinggi dan mereka lebih gemar berurusan dengan orang yang sudah lama bertapak di negara itu. Contohnya Mantrade Trading yang mempunyai operasi selama lapan tahun agak dikenali di China.

“Justeru, kami bercadang membuka peluang kepada usahawan tempatan mendapatkan barangan dari China dengan lebih murah dan Mantrade Trading akan memastikan barangan ditempah tepat dari segi mutu dan bilangannya,” katanya.
Aug 13th 2009 21:33

Sponsor Ads


Comments

No comment, be the first to comment.
You are not yet a member of this group.