GOLDEN LEADERS

Aug 14, 2009
172 Views
GOLDEN LEADERS Perjalanan ke arah kejayaan umpama mendaki bukit.   Puan Rozita membandingkan kehidupan dengan menunggang basikal menaiki bukit. Kayuhan pertama selalunya merupakan kayuhan yang paling memakan tenaga kerana basikal ini belum bergerak. Walau bagaimana pun, apabila basikal ini sudah mula bergerak, kayuhan yang seterusnya akan menjadi semakin senang. Tetapi, jika kami mengambil keputusan untuk berhenti dan rehat, maka mungkin ada orang lain yang akan mendahului kami.   Daripada 'Fear' kepada 'Gear.   Mengimbas kembali kepada masa kali pertama kamu cuba menunggang basikal. Walaupun kamu takut jatuh, ketakutan ini segera bertukar menjadi perasaan bangga yang kian meningkat apabila kamu semakin berjaya menunggang basikal itu. takut saranan mereka ditolak dan bimbang diri mereka tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi. Justeru, ia seringkali digunakan sebagai alasan oleh mereka yang mempunyai perasaan was-was terhadap bidang rangkaian Pemasaran ini. Puan Rozita memang memahami keraguan-keraguan ini dan mengesyorkan sikap positif dan kesabaran semasa menangani masalah ini. Pada pendapat beliau, pemikiran yang negatif tidak akan menguntungkan sesiapa pun. Sebaliknya jika kami mempunyai sikap yang positif serta mengambil langkah-langkah yang konkrit, maka kami tentu akan mendapat hasilnya. Tambahan lagi, kesabaran diperlukan untuk menukar fikiran orang-orang yang skeptik, curiga atau ragu-ragu. Pemikiran mereka harus ditukarkan secara perlahan-lahan.   Keberanian untuk berhadapan dengan ketakutan anda, serta kecekalan untuk bangun semula apabila kami terjatuh dan terus berusaha adalah sifat utama dalam mendirikan suatu kerjaya yang berjaya di dalam bidang rangkaian Pemasaran dan juga kehidupan. Kami perlu terus mengayuh basikal ini walaupun pelbagai tekanan dan cabaran akan terus menggoda kami untuk menyerah kalah   Gunakanlah laluan yang terus   Puan Rozita serta suaminya pernah berkecimpung di dalam bidang insurans sebelum menyertai DCHL. Setelah dua dekad bergiat di dalam bidang ini, mereka mula mencari cabaran-cabaran baru untuk membawa perubahan kepada kehidupan mereka. Peluang ini tiba apabila mereka terjumpa barangan-barangan aromaterapi Lampe Berger. Setelah mendapati bagaimana barangan ini mendatangkan perubahan yang positif terhadap kehidupan orang ramai, mereka tertarik pula dengan Rancangan Pemasaran syarikat ini. Tanpa berlengah lagi, mereka menyertai Lampe Berger dan sampai kini pun tidak pernah menyesal. Pada pendapat Puan Rozita, Pemasaran Jaringan merupakan cara latihan yang amat sesuai untuk membina keyakinan diri seseorang. Ia memberi peluang yang kreatif untuk sesiapa sahaja untuk membina perniagaan mereka sendiri dan pada masa yang sama juga memperbaiki diri mereka sendiri. Untuk mereka yang ingin mengawal kewangan masa depan mereka sendiri, beliau mengesyorkan rangkaian pemasaran kerana ia merupakan suatu bidang perniagaan yang telah siap-sedia, berisiko rendah dan telah terbukti.       Kekalkan keseimbangan pada jalan yang becak   Semasa Puan Rozita dan suaminya menyertai DCHL, syarikat ini masih baru lagi. Oleh kerana mereka masih kurang berpengalaman di dalam bidang Pemasaran Jaringan, mereka telah mengalami berbagai kerumitan pada peringkat permulaan. Kerumitan-kerumitan ini berjaya diatasi setelah mendapat bantuan daripada upline mereka. Mereka telah memberi pengertian dan perspektif yang berbeza tentang Pemasaran Jaringan kepada Puan Rozita dan suaminya. Tambahan pula, mereka telah mengidentifikasikan nilai-nilai yang amat ketara hubungannya dengan kejayaan mereka di DCHL. Nilai ini termasuklah: Pemahaman tentang perasaan orang lain, perasaan komitmen terhadap sesuatu perjuangan dan berdamai dengan diri sendiri. Dengan nilai-nilai ini, pasangan ini dapat mencapai suatu keseimbangan yang telah menggerakkan mereka ke arah kejayaan. Apabila kamu boleh 'menurunkan gear', bolehlah anda berehat sebentar dan menikmati bunga-bungaan yang tumbuh di tepi jalan, anda boleh juga memahami bahawa sesuatu itu tidaklah serumit yang disangkakan dan dapat mencari cara-cara untuk mengatasi pelbagai masalah.       Sekalung Budi   Puan Rozita ingin membuahkan perasaan perhargaannya kepada Pengerusi Kim Huynh kerana wawasannya untuk membawa produk-produk syarikat ini ke Malaysia. Juga kepada uplinenya untuk bimbingan dan sokongan mereka. Uplinenya juga sangat penting kepada usahanya untuk memburu status. Beliau berpendapat bahawa kejayaannya adalah disebabkan oleh Rakan-rakan Niaga dan pasukan downline beliau. Kerjasama dan penyatuan yang kuat di kalangan pasukan downlinenya amat menyentuh perasaannya. Puan Rozita telahpun mula merancangkan masa depannya. Beliau bercadang untuk meluaskan perniagaannya ke luar negara dan pada masa yang sama juga terus membina pasukan downlinenya. Beliau ingin menitikberatkan bahawa pencapaiannya bukanlah hanya dari segi kewangan; tetapi juga pada perasaan puas hati. Puan Rozita berkata bahawa basikal bagaikan 'tiket' kepada keasyikan, namun masa depan anda hanya boleh diterajui oleh diri anda sendiri.      
Comments (1)
avatar
jutawan74
4

avatar
Please sign in to add comment.