Articles

Cara Untuk Dapatkan Cukai Jalan Baharu Yang Hilang, Koyak atau Rosak

by Chee Poi L. Writer

Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), fasa monsun yang bermula pada 24 September dijangka berlanjutan hingga akhir November ini. Oleh itu, orang ramai telah dinasihatkan untuk melindungi aset mereka dari bencana seperti kerosakan banjir atau tanah runtuh. Jabatan Meteorologi menjangka bahawa musim tengkujuh akan menyebabkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutamanya pada waktu petang dan awal malam di beberapa bahagian di dalam negara Malaysia.

Oleh itu, pemegang polisi dinasihatkan untuk mengkaji semula polisi insurans mereka bersama syarikat insurans atau ejen insurans untuk memeriksa sama ada perlindungan tersebut mencukupi untuk mengurangkan kesan kewangan yang serius kerana kerugian dan kerosakan akibat banjir.

Orang perseorangan dan ahli perniagaan boleh memilih polisi insurans yang berpatutan yang ditawarkan oleh syarikat insurans untuk melindungi diri dan perniagaan mereka dari menghadapi kerugian tersebut.

Pemegang polisi harus sedar bahawa polisi motor dan kebakaran tidak merangkumi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan taufan. Walau bagaimanapun, pemegang polisi boleh memilih kerugian atau kerosakan yang berkaitan dengan banjir sebagai polisi tambahan untuk melindungi diri dan aset mereka. Oleh itu, sebelum apa-apa terjadi, semua dinasihatkan untuk menambah polisi perlindungan banjir sebagai langkah berjaga-jaga dari musim tengkujuh yang bakal melanda.

Berita Terkini: Banjir Kilat Melanda Ibu Negara Kuala Lumpur

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, paras air meningkat setinggi 3m di atas permukaan tanah. Juga, beberapa kereta terperangkap dalam banjir kilat di Lebuh Ampangberhampiran dengan stesen LRT Masjid Jamek.

Antara lokasi yang terjejas adalah Lebuh Ampang; Jalan Raja Alang di Kampung Bharu; Jalan Gurney Kiri, di luar Jalan Semarak; Lorong Ayer Leleh 5, Taman Ayer Panas; dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.

Gambar lokasi yang terjejas seperti berikut:

Masjid Jamek bertukar menjadi pulau (Sumber: TheStar, 2020)
Beberapa buah kereta tertangkap dalam banjir kilat (Sumber: TheStar, 2020)

Situasi ini kelihatan membimbangkan tetapi perasaan takut menghadapi situasi seperti ini bukanlah jalan penyelesaiannya. Malah ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. 

Salah satu cara bagi menghadapi situasi seperti ini, adalah dengan memastikan diri, keluarga dan aset dilindungi dengan sepenuhnya melalui PolicyStreet untuk  mengelakkan kerugian yang tidak dijangka seperti ini. Seperti kata pepatah, “Be wise today, so that you don’t cry tomorrow.” yang bermaskud bijaklah dalam membuat keputusan hari ini supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.

Disebabkan, PolicyStreet sangat mengambil berat tentang kebajikan semua. Kami ingin berkongsi petua mengenai:

Cara Melindungi Kereta Anda dari Banjir

1. Pandu kereta anda keluar dari kawasan banjir

Anda harus memandu dengan perlahan tetapi jangan sesekali melepaskan pedal minyak kerana air akan masuk ke dalam saluran ekzos anda, ia juga akan mengeluarkan lebihan air ke saluran pembuangan. Tetapi memandu terlalu kuat dan laju mungkin menyebabkan tayar kehilangan daya tarikan dan seterusnya anda akan kehilangan kawalan kereta anda. 

2. Tekan brek beberapa kali sebelum memulakan pemanduan

Tekan brek beberapa kali sebelum pemanduan adalah untuk mengeringkan cecair yang berada di dalam brek. Ini adalah kerana brek akan kehilangan kecekapan ketika basah dan akan menimbulkan masalah utama. Untuk mengeringkannya, anda harus tekan brek sekejap-sekejap selama beberapa minit.

3. Memandu ke tempat yang lebih tinggi

Sekiranya paras air meningkat dengan mendadak , langkah yang bijak adalah memandu kereta anda ke tempat yang lebih tinggi dengan kadar segera. Tetapi sekiranya anda melalui kawasan banjir, jangan terus bertindak melulu dan redah kawasan banjir kerana ia akan membahayakan nyawa dan kereta anda. Seeloknya tunggu sehingga banjir surut dan bantuan tiba. 

4. Pandu di tengah jalan raya

Sekiranya anda memutuskan untuk memandu meredah kawasan banjir, anda disarankan untuk memandu di tengah jalan. Kawasan tengah jalan raya biasanya sedikit tinggi dari tepi jalan, dan ini akan menurunkan kemungkinan air meresap dan berpotensi merosakkan kereta anda. Dan memandu di tengah jalan raya juga secara tidak langsung mengelakkan kereta anda termasuk ke dalam lubang atau parit di tepi jalan. Atau pun kereta anda tergelincir di bawa arus.

5. Pandu secara berhati-hati dan teliti

Berhati-hati semasa memandu semasa hujan lebat atau semasa berlakunya banjir kilat untuk melindungi kereta anda daripada kerosakan akibat air. Penglihatan anda pula berada pada tahap minimum semasa hujan lebat yang akan mengaburkan penilaian semasa memandu.

Perlu diingatkan juga bahawa anda harus memandu dengan teliti semasa banjir atau hujan lebat. Ini kerana risiko kereta berhenti secara tiba -tiba adalah lebih tinggi dalam keadaan seperti ini. Apabila air meresap ke dalam enjin kereta anda, ia akan mengakibatkan kereta terhenti serta merta. Beringatlah bahawa enjin kereta adalah komponen termahal dalam kereta.

Kesimpulannya, pastikan anda tidak panik dan bertindak melulu apabila menghadapi situasi seperti ini. Tonya Gobbins pernah menyatakan bahawa “Every problem is a gift. Without them we wouldn’t grow”. Ini jelas menyatakan bahawa kita harus berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau terlibat dalam masalah kerana jika ia dapat diselesaikan, kita bakal mempelajari sesuatu dari masalah itu dan menjadikan kita lebih bijak.

Langkah untuk Menambah Bahaya Banjir ke Liputan anda

Pemegang polisi di kawasan yang bakal dilanda banjir harus segera mengambil tindakan dengan menghubungi syarikat insurans kerana setiap kes dan tuntutan berbeza mengikut situasi individu.

Oleh kerana PolicyStreet adalah penasihat kewangan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), anda akan dapat memperoleh pelbagai jenis perlindungan insurans kereta dengan pilihan yang terbaik kepada anda dan harga yang sesuai dengan keperluan anda!

Anda boleh membeli perlindungan banjir melalui PolicyStreet. Berikut merupakan panduan untuk menambah perlindungan banjir ke atas polisi insurans anda

Langkah 1:

Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Mula”.

Langkah 2:

Sesuaikan jumlah yang diinsuranskan mengikut pilihan anda dan pilih jenis syarikat insurans yang anda mahu dilindungi.

Langkah 3:

Isi maklumat lebih lanjut dan klik “Teruskan”

Setelah anda klik “Teruskan”, anda akan dibawa ke bahagian Lindungan Tambahan. Kemudian anda boleh menambah tambahan yang sesuai dengan keperluan anda. Seperti yang diserlahkan dengan warna kuning, anda boleh memastikan kereta anda mendapat perlindungan penuh banjir. Selesaikan langkah-langkah yang diperlukan dan klik “Teruskan”.

Ringkasan pesanan akan ditunjukkan di mana anda dapat memeriksa semula jumlah yang perlu dibayar, pelanjutan tambahan yang telah anda tambahkan dan maklumat penting lain. Setelah diperiksa, klik “Confirm Amount”.

Langkah 4:

Anda kemudian akan diarahkan ke bahagian pembayaran di mana anda akan diberi beberapa pilihan untuk melakukan pembayaran. Setelah memilih pilihan pembayaran, klik “Teruskan” untuk membayar.

Harap panduan yang disebutkan di atas jelas dan bermanfaat kepada anda.

Jangan tunggu lagi! Cuba sendiri sekarang dan nikmati tawaran eksklusif dan dijamin dari PolicyStreet!

Ingatlah, anda harus sentiasa bersiap sedia untuk melindungi diri, keluarga dan aset kerana kita tidak pasti apa yang akan berlaku dalam hidup. 

Jangan terlepas tawaran eksklusif dari Policy Street untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran-tawaran perlindungan kenderaan anda. Lebih selamat, lebih jimat, dan lebih banyak pilihan! Hubungi +603-33100063 untuk pertanyaan lanjut atau anda boleh WhatsApp +6011-16842590 jika terdapat sebarang kemusykilan.



Sponsor Ads


About Chee Poi L. Freshman   Writer

5 connections, 0 recommendations, 20 honor points.
Joined APSense since, October 26th, 2020, From Kuala Lumpur, Malaysia.

Created on Jan 7th 2021 23:26. Viewed 330 times.

Comments

No comment, be the first to comment.
Please sign in before you comment.