Articles

Bank Soalan SPM Malaysia

by Cindie M. Digital Marketing Malaysia

Sedang mencari koleksi bank soalan SPM serta soalan-soalan percubaan SPM ?

Anda boleh mendapatkannya melalui sumber-sumber yang dipercayai.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui senarai website yang mempunyai senarai link bank soalan SPM.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pastinya dianggap penting bagi setiap pelajar sekolah menengah.

Kejayaan dalam pepertiksaan itu akan menjadi asas kepada bidang yang akan dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Apa-apa pun, kaedah ulang kaji mesti dilakukan dengan betul mengikut subjek. Ada kemahiran mengira, membaca, menghafal dan mengingati.

Pelajar SPM sering membuat rujukan terhadap soalan-soalan peperiksaan tahun terdahulu.

Bukan itu sahaja, para guru juga menggunakan set soalan terdahulu ketika mengajar di dalam kelas supaya pelajar mudah memahami stail soalan peperiksaan.


Beza Bank Soalan Dulu Vs Sekarang

Sudah menjadi kemestian di kalangan pelajar yang bakal menduduki SPM untuk mencari set soalan peperiksaan tahun-tahun terdahulu, atau bank soalan.

Bank soalan digunakan sama ada dalam pembelajaran di kelas bersama guru dan ulang kaji sendiri, malah lebih penting ia sebagai pentunjuk kepada corak soalan peperiksaan.

Ada juga soalan yang lebih kurang sama diolah untuk soalan peperiksaan terbaru.

Maka, menjadi keperluan bagi setiap pelajar untuk skor dalam subjek yang mungkin dianggap sedikit sukar berbanding subjek yang lain.

Jika dahulu, bank soalan peperiksaan SPM diperolehi secara manual.

Ada yang dapatkan daripada cikgu atau rakan-rakan dari sekolah lain, buat salinan fotostat atau perlu ke kedai buku untuk mencari buku bank soalan.


Kini zaman semakin canggih dimana pelajar SPM boleh mendapatkannya di Internet.

Taip sahaja soalan percubaan SPM’ atau koleksi soalan peperiksaan SPM’ pasti terus jumpa apa yang dicari.

Anda boleh terus download berdasarkan soalan mengikut tahun dan subjek peperiksaan.

Mudahkan? Selain menjimatkan wang, ia juga menjimatkan masa anda.


Kenali SifuTutor – Home Tuition Terbaik Untuk Anak Anda

Anak-anak berhak mendapat peluang pendidikan yang terbaik.

Selain proses pembelajaran di sekolah harian, tuisyen atau kelas tambahan juga dapat membantu anak-anak lebih memahami apa yang mereka pelajari di sekolah.

Apatah lagi buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan penting tahunan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Sponsor Ads


About Cindie M. Junior   Digital Marketing Malaysia

1 connections, 0 recommendations, 12 honor points.
Joined APSense since, June 27th, 2019, From Subang Jaya, Malaysia.

Created on Dec 23rd 2019 21:44. Viewed 115 times.

Comments

No comment, be the first to comment.
Please sign in before you comment.